Skop Productions Sdn. Bhd. merupakan syarikat penerbitan televisyen dan filem
Malaysia yang beribu pejabat di Danau Kota, Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 13 Mac 1985 oleh
Datuk Yusof Haslam.
[1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cetera dan lebih dari 30 rancangan televisyen.Filem pertama terbitan syarikat ini ialah
Bayangan Maut (1991) yang menerima dua pencalonan di
Festival Filem Malaysia ke-9 dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang. Filem kedua terbitan Skop Productions ialah
Pemburu Bayang (1993) yang bergenre aksi misteri. Ia seterusnya diikuti oleh beberapa filem pecah panggung termasuk filem drama romantik aksi
Sembilu (1994) dan
kesinambungannya pada 1996. Pada 1999, Skop menerbitkan drama kepolisan
Gerak Khas yang menerima pengiktirafan
The Malaysia Book of Records sebagai siri televisyen kepolisan paling lama bersiaran.Skop Productions menerbitkan tiga filem yang menguntungkan bagi 2010 dan 2011, aksi perlumbaan
Evolusi KL Drift 2 (2010), seram
Khurafat: Perjanjian Syaitan dan
KL Gangster (2011). Tiga filem terbitan syarikat ini bagi 2011 merupakan kejayaan komersial, kecuali
Aku Bukan Tomboy yang gagal mengulangi kejayaan dua filemnya bagi tahun tersebut.